ILHAM MULTIDIMENSI

Posted by iLhamians Monday, July 27, 2009 0 comments

Seorang jundullah berkata: “Jangan kamu menjadi pohon bunga di dalam pasu yang sentiasa mengharapkan disiram dan dibajai, jika tidak akan menjadi layu dan mati. Jadilah pohon kayu yang tumbuh gagah di rimba yang sentiasa bersaing dan berjuang untuk mendapat tempat yang kukuh dan terjamin.”

IBNU HAZM seorang ilmuwan sepanyol sekali lagi menegaskan pendapatnya bahaya ilmu fardu kifayah mesti perlu di kuasai di samping ilmu fardu ain pasti menjadi asas pengukuh yang utama.Begitu juga pandangan SYED NAQUIB AL ATTAS menyifatkan bahawa berkaitan penerapan ilmu mesti dilazimkan dalam kehidupan.Hadharah islamiyah telah membuktikan penerapan ilmu islam secara disiplin telah melahirkan ulama yang telah menguasai berbagai bentuk ilmu.Hal ini pastinya akan berderetan jika GOLONGAN HUFFAZ hari ini tidak merealisasikan kata-kata MOCHAN DAYAN yang mengatakan islam tidak maju jika kaumnya malas menuntut ilmu.
Sememangnya setiap perubahan yang berlaku ketika ini wajar di perhalusi dengan teliti agar kita tidak menjadi keliru pandangan zahir yang kadang-kadang tidak menepati apa sebenarnya disebalik pandangan biasa.Pada dunia kala zaman kian hari pantas berubah yang memerlukan kemahiran yang cukup-cukup kritikal sebenarnya memberi cabaran global hari ini kepada golongan pendakwah untuk bersedia semaksima kemahiran dalam setiap sudut posisi untuk memenuhi ruangan yang tergendala atau di usahakan oleh golongan yang menipu.

Contoh pada ketika ini dunia sedang pesat di landa arus pemodenan dalam setiap DIMENSI kehidupan,sosial,ekonomi,politik dan kebudayaan.Kondisi masyarakat juga semakin hari berubah.Perubahan dunia hari ini sememangnya memaksakan lebih lagi pada pendakwah atau ulama untuk bersiap siaga dalam menghadapi dunia yang semakin rencam ini.
Jika di lihat pada hari ini begitu ramai sebenarnya mereka-mereka yang berilmu yang boleh ke hadapan dalam merentasi masalah umat sejagat ini tetapi sayangnya golongan setengah seperti yang berasa cukup selesa ilmu di dada tidaklah memberi semaksima secukupnya dek kerana kurangnya kemahiran dari pelbagai dimensi.Sikap atau kemahiran MULTIDIMENSI ini penting bagi golongan ulama yang tidak sekadar tempat rujuk pada sudut tertentu sahaja.

Golongan ini bukannya sekadar menjadi penghukum kepada kesalahan malah lebih bertanggungjawab dalam menjadi "JURUDIDIK dan "JURUFIKIR" bagi masyarakat.kemahiran yang di miliki oleh mereka bukanya dalam hal keagamaan semata-mata malah menjadi pencetus kepada penghasilan teknologi-teknologi muasir .Golongan ini mesti bersifat "MULTIDIMENSIONAL" dengan tidak menguasai bidang tertentu sahaja.

Ibnu Qayyim pernah menyatakan' Seorang fakih adalah orang yang bijak menggabungkan antara hukum wajib dan keadaan semasa".

Jika dulunya watak pendakwah peringkat dunia di tandai oleh kehebatan imej pelayar,peniaga dan panglima perang,sewajar kini dakwah kontemporer di tampilkan oleh ahli korporat,peguam,jurutera dan pelbagai imej profesional yang lain.
Ibnu Khaldun pernah menegaskan bahawa kesenambungan sinar peradaban sesuatu umat bergantung kepada kemampuan mereka mengekalkan peradaban berupa identiti ,agama, dan budaya dengan adaptasi sesuai perkembangan zaman tetapi tidak sampai merosakkan peradaban silam.
Justeru,mengajak ahli ilham untuk bersama dalam menggerakan perubahan pemikiran untuk bersedia dalam membina minda khalifah,negarawan untuk bersama sekali lagi dalam mencetus perubahan demi kebaikkan bersama.FIKIRKANLAh

Komunikasi Ilham Kini Bermula

Posted by iLhamians Tuesday, July 21, 2009 0 comments

Rasa syukur kepada nikmat Allah Taala kerana memberi kesempatan ruang dan peluang untuk selesai menubuhkan suatu laman komunikasi yang tidak asing lagi dunia kini.KOMUNIKASI INTELEKTUAL HUFFAZUL MUJAHIDIN( ILHAM )maya kini Berjaya di tubuhkan untuk lebih memudahkan kepada semua warga ilham khususnya mengetahui segala sudut maklumat berkaitan ILHAM.

Pihak admin meminta kerjasama sepenuhnya kepada semua warga ilham untuk bersama dalam berkongsi segala maklumat dengan menyalurkan sebarang artikel kepada email (ilham_on9@yahoo.com).

Semoga penubuhan blog ilham ini pastinya akan memberi natijah yang terbaik kepada semua pembaca khususnya merapatkan lagi ikatan persaudaraan warga ilham.

Salam Hormat dari ILHAM.

SEMBANG ILHAM


ShoutMix chat widget