Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Posted by iLhamians Thursday, December 17, 2009 0 comments






Imam Al-Ghazali ada berkata bahawa: “Yang paling jauh adalah masa yang telah berlalu”

Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:


“Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka”

Salam AIDIL ADHA

Posted by iLhamians Friday, November 27, 2009 0 comments




Mari ambil iktibar Surah Al-Hajj "Daging (haiwan kurban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-NYA adalah ketakwaan kamu. Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada or...ang-orang yang berbuat baik" - Al-Hajj ayat 37

"Makan-Makan ILHAM"(BANIN)

Posted by iLhamians Tuesday, November 24, 2009 0 comments







Laluan masa kita..

Posted by iLhamians Thursday, November 5, 2009 0 comments

(sorry 4 d UNPROPER Starting)

alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah untuk KhaLiQ yang telah mencipta dan mentadbir alam ini.. khas buat pelajar banin dan banat ILHAM, congratulations for all sbb dapat habiskan Sem 5 dengan begitu gah sekali, di mana kita dengan begitu beraninya telah menyahut cabaran untuk menghadapi exam seminggu setelah cuti Raya yang pastinya cuti diwaktu itu, tiada siapa pun wat revision or muroja'ah..(kalau ada,baguslah..tp pasti peratusnya seciput je..)

Pasti semuanya tertunggu-tunggu, kapankah natijahnya akan dapat dirasai..inshAllah, setelah di survey d kalangan pensyarah, minggu hadapan akan keluar Resultnye.Adelah sebab musababnya yang telah menjadikan kita lambat menerima result..walau pape pn, teruskan bersabar lah semua ye..sama2 solat hajat mohon dikurniakan natijah yang Mumtaz..

Saat kalut bertanya soal keputusan peperiksaan, tidak dilupakan kekalutan kita terhadap Tajuk untuk "kajian iLmiah" yang sungguh mengusarkan hati para mukmin@mukminah ILHAM..setelah kekalutan d permulaan hidup warga ILHAM Sem 6 sedikit reda,masing-masing mula berjalan menyusuri hal ehwal hidup sendiri. i'adahnye, modalnye, studynye,programnye..dan berbagai2 lagi..

Dalam kesibukan menghambat masa sebagai pelajar di semester akhir, tidak dilupakan juga tugas kita sebagai khalifah, sbg hamba dan sebagai Umat Islam di muka bumiNya..
untuk apa di hafal Kitab Nya jika untuk menempa gelaran HUFFAZ semata-mata??mahupun untuk berbangga2 dengan natijah peperiksaan yang MUMTAZ??

ayyuhas Syababul Islam..sibuk macam mana sekalipun antum, rohani perlu dijaga.. spritual haruslah dibaja..agar natijah kita selaku penjaga kalamNYa berbeza dengan orang biasa..bukan, bukan untuk menyatakan bahawa kita ini istimewa, lebih darjatnya, apatah lagi dijamin menjadi ahli syurga..tetapi kita harus sedar, selaku insan yang ingin mendekatiNya, haruslah kita sentiasa membatasi diri kita..jauhkan dari perkara2 yang alpa..laksanakan segala perintahNYa..dan yang paling penting..Jadikanlah kesibukan kita itu sebagai satu ibadah dan sebagai wasilah ila mardhotillah..jangan jadikannya sebagai sesuatu yang sia-sia..

sekadar peringatan bersama,
dari insan yang kerdil lagi hina..
kepadamu warga ILHAM tercinta..

Ucapan Selamat Hari Raya AidiLfitri 1430H

Posted by iLhamians Thursday, September 24, 2009 0 comments




SALAM EIDUL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DI UCAPAKAN KEPADA SEMUA WARGA ILHAM.MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMAAFKAN DAN MERAPATKAN LAGI HUBUNGAN SILATURRAHIM ANTARA KITA.

Hafiz ke Mesir

Posted by iLhamians Wednesday, September 16, 2009 0 comments


Assalamualaikum kepada sume warga ilham.Alhamdulillah kite baru selesai melepasi exam untuk fasa pertama ini.Sebelum menghadapi exam baru ini,sahabat kita hafiz Ghazali(t.pengerusi ilham) telah di pilih menyertai pertandingan hafazan peringkat 30 juzuk di mesir.Jom ramai-ramai doakan kejayaan sahabat kite!
Jangan lupe study untuk exam lepas raya ini.=)

RAMADHAN KAREEM

Posted by iLhamians Sunday, August 30, 2009 0 comments


KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Gerai ILHAM

Posted by iLhamians Sunday, August 16, 2009 0 comments






Baru-baru ini Ilham telah membuka gerai di bawah ILNOMI dengan jayanya sempena konvokesyen Darul Quran.Pihak ilham ekonomi(ILNOMI) di bawah kendali Khairil Idlan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli ilham yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memeriahkan dan menjayakan GERAI ILHAM!

KOMIK ILHAM

Posted by iLhamians Saturday, August 1, 2009 0 comments






ILHAM MULTIDIMENSI

Posted by iLhamians Monday, July 27, 2009 0 comments

Seorang jundullah berkata: “Jangan kamu menjadi pohon bunga di dalam pasu yang sentiasa mengharapkan disiram dan dibajai, jika tidak akan menjadi layu dan mati. Jadilah pohon kayu yang tumbuh gagah di rimba yang sentiasa bersaing dan berjuang untuk mendapat tempat yang kukuh dan terjamin.”

IBNU HAZM seorang ilmuwan sepanyol sekali lagi menegaskan pendapatnya bahaya ilmu fardu kifayah mesti perlu di kuasai di samping ilmu fardu ain pasti menjadi asas pengukuh yang utama.Begitu juga pandangan SYED NAQUIB AL ATTAS menyifatkan bahawa berkaitan penerapan ilmu mesti dilazimkan dalam kehidupan.Hadharah islamiyah telah membuktikan penerapan ilmu islam secara disiplin telah melahirkan ulama yang telah menguasai berbagai bentuk ilmu.Hal ini pastinya akan berderetan jika GOLONGAN HUFFAZ hari ini tidak merealisasikan kata-kata MOCHAN DAYAN yang mengatakan islam tidak maju jika kaumnya malas menuntut ilmu.
Sememangnya setiap perubahan yang berlaku ketika ini wajar di perhalusi dengan teliti agar kita tidak menjadi keliru pandangan zahir yang kadang-kadang tidak menepati apa sebenarnya disebalik pandangan biasa.Pada dunia kala zaman kian hari pantas berubah yang memerlukan kemahiran yang cukup-cukup kritikal sebenarnya memberi cabaran global hari ini kepada golongan pendakwah untuk bersedia semaksima kemahiran dalam setiap sudut posisi untuk memenuhi ruangan yang tergendala atau di usahakan oleh golongan yang menipu.

Contoh pada ketika ini dunia sedang pesat di landa arus pemodenan dalam setiap DIMENSI kehidupan,sosial,ekonomi,politik dan kebudayaan.Kondisi masyarakat juga semakin hari berubah.Perubahan dunia hari ini sememangnya memaksakan lebih lagi pada pendakwah atau ulama untuk bersiap siaga dalam menghadapi dunia yang semakin rencam ini.
Jika di lihat pada hari ini begitu ramai sebenarnya mereka-mereka yang berilmu yang boleh ke hadapan dalam merentasi masalah umat sejagat ini tetapi sayangnya golongan setengah seperti yang berasa cukup selesa ilmu di dada tidaklah memberi semaksima secukupnya dek kerana kurangnya kemahiran dari pelbagai dimensi.Sikap atau kemahiran MULTIDIMENSI ini penting bagi golongan ulama yang tidak sekadar tempat rujuk pada sudut tertentu sahaja.

Golongan ini bukannya sekadar menjadi penghukum kepada kesalahan malah lebih bertanggungjawab dalam menjadi "JURUDIDIK dan "JURUFIKIR" bagi masyarakat.kemahiran yang di miliki oleh mereka bukanya dalam hal keagamaan semata-mata malah menjadi pencetus kepada penghasilan teknologi-teknologi muasir .Golongan ini mesti bersifat "MULTIDIMENSIONAL" dengan tidak menguasai bidang tertentu sahaja.

Ibnu Qayyim pernah menyatakan' Seorang fakih adalah orang yang bijak menggabungkan antara hukum wajib dan keadaan semasa".

Jika dulunya watak pendakwah peringkat dunia di tandai oleh kehebatan imej pelayar,peniaga dan panglima perang,sewajar kini dakwah kontemporer di tampilkan oleh ahli korporat,peguam,jurutera dan pelbagai imej profesional yang lain.
Ibnu Khaldun pernah menegaskan bahawa kesenambungan sinar peradaban sesuatu umat bergantung kepada kemampuan mereka mengekalkan peradaban berupa identiti ,agama, dan budaya dengan adaptasi sesuai perkembangan zaman tetapi tidak sampai merosakkan peradaban silam.
Justeru,mengajak ahli ilham untuk bersama dalam menggerakan perubahan pemikiran untuk bersedia dalam membina minda khalifah,negarawan untuk bersama sekali lagi dalam mencetus perubahan demi kebaikkan bersama.FIKIRKANLAh

Komunikasi Ilham Kini Bermula

Posted by iLhamians Tuesday, July 21, 2009 0 comments

Rasa syukur kepada nikmat Allah Taala kerana memberi kesempatan ruang dan peluang untuk selesai menubuhkan suatu laman komunikasi yang tidak asing lagi dunia kini.KOMUNIKASI INTELEKTUAL HUFFAZUL MUJAHIDIN( ILHAM )maya kini Berjaya di tubuhkan untuk lebih memudahkan kepada semua warga ilham khususnya mengetahui segala sudut maklumat berkaitan ILHAM.

Pihak admin meminta kerjasama sepenuhnya kepada semua warga ilham untuk bersama dalam berkongsi segala maklumat dengan menyalurkan sebarang artikel kepada email (ilham_on9@yahoo.com).

Semoga penubuhan blog ilham ini pastinya akan memberi natijah yang terbaik kepada semua pembaca khususnya merapatkan lagi ikatan persaudaraan warga ilham.

Salam Hormat dari ILHAM.

SEMBANG ILHAM


ShoutMix chat widget